Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-76 (MTN)
05 December 2019


 

Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-76 (MTN) pada hari ini telah bersetuju dengan pelaksanaan pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Pindaan akan mencakupi aspek pencegahan pengambilan hasil hutan secara haram, menambahbaik dan memantapkan pengurusan kawasan Hutan Simpan Kekal.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan turut dihadiri Menteri KATS YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar, Menteri-Menteri Persekutuan berkaitan dan Menteri-Menteri Besar/Ketua Menteri.

MTN ke-76 turut bersetuju dengan cadangan melestarikan industri sawit negara menerusi pelaksanaan secara mandatori Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) pada 1 Januari 2020.

​MTN menyentuh mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan tanah dan perhutanan.​


 




​​​​​
Attachments